Thursday, August 12, 2010

Ya Allah Ya Rahim....permudahkanlah perjalanan Hidupku dunia dan akhirat

Kadang2 kakyong terfikir, kenapalah nasib kakyong tak sebaik nasib orang lain. Hidup kakyong sentiasa di duga dengan pelbagai dugaan daripada Allah swt. Ada masanya kakyong terasa lemah dan berputus asa. alhamdulillah kakyong punya keluarga yang akrab, hubungan kami adik beradik rapat boleh dijadikan kawan untuk meluahkan perasaan dan meminta pertolongan...
Bila difikirkan semula, kakyong bersyukur pulak ;) kehidupan yang kakyong rasa payah dan sukar mengajar kakyong agar menjadi lebih tabah dan ingat padaNYA.bersyukur dengan pemberianNYA dan limpahan nikmat yang tak putus2 walaupun kadang2 kita sebagai manusia rasa sukar hendak mengecapinya...
Sempena Ramadhan yang mulia ini, kakyong menadah tangan bersyukur dan memohon semoga Allah swt permudahkan segala urusan kakyong dan sekalian umat muslimin dan muslimat di dunia dan akhirat...aminnnnnnnn


“Tidaklah sama sekali berkata mana-mana hamba apabila dia dilanda kebimbangan (tentang perkara akan datang) atau kesedihan (merujuk perkara yang telah berlalu); (dengan cara berdoa sebagaimana berikut):

Maksud doa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku hamba-Mu, juga anak hamba lelaki-Mu (ayahku) dan anak hamba perempuan-Mu (ibuku). Dahiku berada di tangan-Mu (Engkau bebas mengawal dan menentukan arahnya; kebaikan atau keburukan yang ditujunya). Sudah berlalu pada diriku keputusan-Mu. Sememangnya adil buat diriku (apa jua) ketentuan-Mu.

(Justeru), aku memohon kepada-Mu dengan semua nama yang selayaknya buat-Mu; yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau yang Engkau turunkannya dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkannya kepada salah seorang daripada makhluk-Mu (Nabi Muhammad SAW) atau yang Engkau (sengaja) sembunyikan tentangnya di alam ghaib di sisi-Mu..

Supaya Engkau jadikan al-Quran sebagai musim bunga (berasa tenteram dalam) hatiku, cahaya di dadaku, keluar daripada (belenggu) kesedihan, dan penghilang kebimbanganku.”

No comments:

Post a Comment