Thursday, September 30, 2010

Hari-hari yang menyedihkan

Errrmm....Aku redha dengan dugaan dan takdir yang KAU tentukan buatku ya ALLAH swt....
Mungkin KAU ada merancang yang lebih baik untuk ku.......Aku pasrah, aku mohon KAU kuatkan imanku , tabahkan hatiku, cekalkan jiwaku ya ALLAH swt.....amin ya rabbal alamin

Do'a Kelapangan hati


Artinya: "Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku." (QS. Thaha: 27)

Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca ketika menghadapi kezhaliman seseorang, kelompok, dan penguasa. Juga dibaca agar mendapatkan kelancaran, kemudahan dalam berdakwah. Doa ini pula yang sering dibaca oleh para mubaligh.
Al-Quran mengisahkan, bahwa doa tersebut dibaca oleh Nabi Musa a.s. ketika mendapat perintah dari Allah Swt. agar menyampaikan risalah kepada Fir'aun. Dan akhirnya Allah Swt. mengabulkan permintaan Nabi Musa a.s., bisa dilihat dalam Al-Quran Surah Al-kahfi dari ayat 24-36. Posted by Picasa

Tuesday, September 14, 2010

Nak kurus jugakkkkk!!!!!!!!!

Alamak berat badan nie dh makin naikkk!!!!!!!!!! help!! SOS!!!!!!!.......kena buat sesuatu nie, kakyong ingat nak mula makan herbalife semula laaaa......& exercise semula. Itu jer caranyer.....sebelom nie macam2 cara dah kakyong cuba , cakap jer apa produk kakyong x try......duit pun dh beribu habis.....huhuhuuuu....

Xper, kali nia kakyong berazam, no dinner at nite, no snacking....disiplin, disiplin, disiplin!!!!!!!!
Ni semangat tengah berkobar2 nie.....kakyong akan mulakan gerak gempur mulai esok..heheheheee....harini xleh sebab dh banyak mengunyah .....
Kakyong minat giler dengan Nasha Aziz,nak jadikan dia sumber inspirasi laaaa....xdapat muka cantik macam dia, dpt body cantik mcm dia pun jadiler....kihkihkihh
So, kengkawan, bagi ler kata2 semangat kat kakyong yea.....balik opis kang kakyong nak timbang berat badan kakyong, esok kakyong post kat blog nie yeaaaa.....so adiossss

Tuesday, August 31, 2010

Jubah Caftan....trend raya 2010

Lama gak kakyong x tulis blog nie....tetiba terasa malas, sibuk berkejar nk buat persiapan raya. Pagi tadi hubby dh confirm ajak shoping mopping raya, so kakyong pun apa lagik.....dh surf ler internet nak tgk fesyen apa tgh in tahun nie....errmmmmm rata2 tahun ni ramai yang pakai kain cotton. Tapi kakyong , as usual nk glamor lebih kan...heheheeee....kakyong nak survey Jubah Caftan ler......isnin lepas lalu kat area Mutiara Damansara tu, ternmpk ler butik Puteh, ala Rizalman punya butik tu...mak ngaiiiii....terjatuh hati & tejatuh cintaaa.....menengok kan koleksi jubah caftan nyer.....cantik2 giler....mmmg 'in' sgt......x caya tgk pic ni
cantik tak??? kakyong xpernah ada baju warna kuning....ermmmmplg kakyong suke ialah beads nyer.....cantikkkkk bangattttt!!!!!
yang ni plak simple yet elegant gitu.....rasanyer nak tempah ler.....fesyen cam gini......if pergi open house gerenti ramai yg jelesss....ahakkkkkssss.....
yang ni kakyong sukakan warna fushia nyer....my fave kalerrrr tu......beads warna biru...menambahkan lagi seri baju tu..kan..kan..kann.....
Apapun, kakyong nak survey lagik....sbb nyer dgr cerita baju2 kat butik Puteh nie....ribu riban dgrnye....xmampu lah kakyong....weeeiiiii... 

Sunday, August 22, 2010

Kenapa kita perlu wasiat??

Lima Sebab Mengapa Anda Memerlukan Wasiat



1. Siapa Yang Akan Menyelesaikan Hutang Dunia dan Akhirat?

Sekiranya anda tahu bila anda akan meninggal, anda tidak memerlukan wasiat.

Jika tidak tahu, wasiat diperlukan oleh waris-waris bagi menyelesaikan hutang-hutang anda. Adalah tidak logik waris-waris anda menerima harta-harta anda, sedangkan anda masih berhutang. Berikut ialah antara jenis-jenis hutang:

>> Hutang-piutang anda dengan saudara-mara, kawan dan bank-bank
>> Hutang-hutang akhirat iaitu puasa, haji, zakat dan nazar yang belum ditunaikan.

2. Anda Mahu Membahagikan Harta Kepada Anak Angkat

Sekiranya anda ada memelihara anak angkat, dan anda bercadang memberikan harta kepada anak angkat, maka segerakan pemberian sebelum anda meninggal.

Jika tidak mengetahui bila anda akan meninggal, maka anda perlu menulis wasiat. Ini kerana mengikut hukum Islam, anak angkat bukanlah darah daging anda, jadi anak angkat tidak berhak menerima harta pusaka. Dengan wasiat, anak angkat berpeluang memperolehi harta anda selepas anda meninggal.

3. Isteri Anda Berhak Mendapat Bahagian Yang Wajar Apabila Suami Meninggal

Isteri telah hidup bersama dengan anda sepanjang hayat dan telah membangunkan keluarga sehingga berjaya di dunia dan di akhirat.

Tetapi apabila suami meninggal, dan mengikut faraid, isteri anda hanya berhak mendapat satu perlapan daripada harta anda. Isteri merasakan bahawa ia patut mendapat sekurang-kurangnya setengah daripada harta, terutama rumah kediaman yang telah membangunkan keluarga.

Bagi si-isteri mendapat harta lebih daripada satu perlapan, wasiat perlu ditulis oleh suami. Isteri harus bijak mempengaruhi suami supaya menulis wasiat bagi menjaga kepentingan hak isteri selepas suami meninggal dunia.

4. Anak-Anak Berhak Mendapat Bahagian Yang Adil

Sebagai ibu-bapa, kita berhak memberi keadilan kepada semua anak samada ia lelaki atau perempuan. Kadang-kadang, atas sebab-sebab tertentu, ibu-bapa hendak membahagikan harta kepada anak-anak mengikut kehendak mereka. Ia boleh dilakukan semasa ibu-bapa masih hidup lagi.

Jika tidak dibahagikan semasa hidup, wasiat diperlukan bagi menjelaskan bahagian-bahagian harta kepada anak-anak mengikut kehendak ibu-bapa.

Sekiranya ibu-bapa menulis surat dengan baik dan secara emosi (contoh: meminta anak-anak menghormati keputusan ibu-bapa dan ini soal dunia), biasanya kandungan wasiat akan dipatuhi. Jika ada anak-anak yang menentang, maka wasiat tidak akan berkesan dan terpaksa menggunakan hukuk faraid bagi membahagikan harta.

5. Anda Hendak Membahagikan Harta Kepada Bukan Waris

Mengikut hukum Islam, hanya waris-waris sahaja yang berhak mendapat harta si-mati. Ini bermakna sekiranya anda tidak meninggalkan wasiat, waris-waris anda tidak boleh membahagikan harta kepada bukan waris dan mewakafkan harta kepada masjid dan sebagainya.

Sekiranya anda berhajat memberikan harta kepada bukan waris, memberi sedekah dan mewakafkan harta kepada masjid, maka selesaikan ia semasa anda hidup lagi. Jika tidak, wasiat diperlukan dengan menyatakan hajat pembahagian harta anda itu.

Mengikut hukum faraid, anda berhak membahagikan satu-pertiga harta kepada bukan waris termasuklah sedekah dan wakaf. Sebenarnya, anda boleh membahagi lebih daripada satu-pertiga dengan syarat ia tidak ditentang oleh waris-waris.

Tuesday, August 17, 2010

Lady gaga 'Alejandro'

As salam, harini masuk hari ke 8 kita berpuasa, cuaca sejukkkk jer.....seronok pose kali nie... errmmm pagi ni kakyong dapat satu emel dari kawan opis lama, pasal penyanyi barat Lady Gaga...ala yang femes dengan lagu Bad romance tu....xkenal gakkk, xper kat bawah ni kakyong letak pic dia yea...
hah!! mcmana dh refresh memori u olls... erm kakyong terima satu emel ni mengenai lagu terbaru dia tajuk 'Alejandro'...rupanya baru kakyong tau, lagu tu mempunyai unsur2 yang bercanggah dgn agama islam. mana taknyer lirik lagu tu menyesatkan, menceritakan kesesatan manusia yang mensyirikkan Allah swt. Ni kakyong nak share apa yang terkandung dalam lirik tu
Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video .Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda .


Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

“I know that we are young.
And I know you may love me.
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro.”


Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah ..Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus)..Google untuk baca lebih lagi ..


But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak ..Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia .Apa dan siapa Alejandro ?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya .


Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang ‘control’ dia .Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’ .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dianampak kosong, nampak bingung betul betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna .


Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring ,memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : “Stop, please, just let me go, Alejandro” .Sebaik saja dia sebut “Alejandro” Gaga mengangkat dua tangannya kelangit . Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia .

“She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”

Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati.Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan ..
Selepas sahaja lirik tu ...Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula ..Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri .Dengan memeluk satu spirituality yang baru .Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan) . Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?


( Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas ..Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan . Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain .,Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..


Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..

 



“ In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…)Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore ithas no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.”
- Manly P. Hall


Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .

Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name ,Don't call my name, Bye Fernando ..
I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)

Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka .



S
ebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih .. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer ..


I’m not your babe I’m not your babe , Fernando .Waktu menyebut perkataanFernando ,Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri .Kita yang kena solve apa makna dia ..


Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :

" Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "

Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan ? Insya-Allah pasti ..

S
ebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam ..bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae.J adi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain .Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam ?.Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...


Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga .Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai .Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya ..Amin ya rabbalalamin .sumber asal : vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" (Al-Isra' 17:36)

  Diharapkan kita sama2 mendapat manfaat dari huraian lirik yang sedap didengar tapi mempunyai maksud yang menyimpang dari kepercayaan kita kepada Allah swt.
Nauzubillahminal zalikk


Monday, August 16, 2010

Mix & match untuk raya nie...suka2 jer....


Kakyong teringin nak pakai abaya ala2 parachute tu.....nmpk mcm modest sgt kan...hehehehee


set yang ni plak leh wat pakai2 jalan2 raya.... xoxoxoxo


set ini plak leh wat g jalan2 pasar payang...heheheee